Sumber Video dari Youtube
Saturday, August 14, 2010
Proses Pembuatan Alat Brass
Video dibawah menunjukkan proses pembuatan alat muzik brass. Video dibawah ini menunjukkan alat muzik trombone yang dibuat dengan menggunakan tangan,walaubagaimanapun pada zaman sekarang hampir kesemua alat muzik brass dibuat dengan menggunakan mesin. Hanya tempahan atau model-model tertentu sahaja yang masih menggunakan tangan.
Labels:
Proses Pembuatan
Penjarian Dan Teknik Bermain Tuba
Tuba mempunyai penjarian yang sama dengan Trumpet dan euphonium. Tetapi apa yang membezakannya adalah Tuba bermain not yang paling rendah sekali.
Video dibawah ini menerangkan teknik bermain Tuba dengan lebih terperinci lagi.
Sumber video dari youtube
Labels:
Tuba
Tuba
Tuba mempunyai pic yang terendah dan terpanjang sekali didalam keluarga alat muzik brass. Bunyi tuba terhasil hasil dari getaran yang dihasilkan melalui teknik 'buzz' pada 'mouthpiece' tuba. Tuba dimasukkan didalam simfoni orkestra pada abad ke-19 menggantikan alat muzik 'ophicleide'.
Tuba dimain dengan menggunakan 'valve', dan biasanya adalah menggunakkan 'piston valves', tetapi terdapat juga tuba yang menggunakkan 'rotary valves'.
Tuba dijumpai dengan banyak menggunakan nada. Biasanya nada Bb,C,F dan Eb.
Tuba mempunyai persamaan dengan euphonium,tetapi berbeza dari segi saiznya.
Tuba
Perbezaan diantara Tuba dan Euphonium.
Gambar dan Informasi diambil dari Wikipedia.
Labels:
Tuba
Penjarian dan Teknik Bermain Euphonium
Carta dibawah menunjukkan teknik penjarian bagi Euphonium. Teknik penjarian bagi Euphonium adalh sama dengan trumpet, cuma ia bermain dengan pic ang rendah (bass).
Video dibawah menunjukkan teknik asas bermain Euphonium.
Sumber video dari youtube
Labels:
Euphonium
Euphonium
Euphonium ialah ialah suara 'tenor' bagi alat muzik brass. Ia mendapat nama dari zaman greek iaitu dari perkataan 'euphonos' yang bermaksud 'bunyi yang sedap'. Euphonium menggunakan 'valves' (injap). Euphonium yang selalu digunakan adalah menggunakan 'piston valevs' sama seperti trumpet, tetapi ada juga euphonium yang menggunakan 'rotary valves'.
Pemain yang memainkan alat ini dipanggil 'euphoniumist', 'euphophonist' atau 'euphonist', tetapi british mengelarkan mereka yang bermain euphonium adalah 'euphists'.
Terdapat juga euphonium yang digunakan untuk pancaragam, dan dikenali sebagai 'marching Euphonium'.
Euphonium
Marching Euphonium
Gambar dan Informasi diambil dari Wikipedia
Labels:
Euphonium
Teknik Penjarian dan 'Embochure' bagi French Horn
Carta dibawah menunjukkan teknik penjarian bagi 'French Horn'.
Untuk memahirkan bermain "french Horn' ini, sesorang itu haruslah memahirkan sekurang-kurangnya 3 skel dari carta diatas. Ton yang baik sangat dititikberatkan didalam permainan orkestra, untuk mendapatkan ton yang baik, 'embochure' (hembusan) perlulah dilakukan dengan betul. Video dibawah menerangakn dengan lebig terperinci mengenai kedudukan bibir dan 'embochure'.
Sumber video dari Youtube,gambar dan informasi dari wikipedia.
Labels:
French Horn
Cara Bermain French Horn
Gambar dibawah menunjukkan cara duduk dan memegang french horn.
Video dibawah menerangkan teknik asas bermain french horn.
Labels:
French Horn