Sumber Video dari Youtube
Saturday, August 14, 2010
Proses Pembuatan Alat Brass
Video dibawah menunjukkan proses pembuatan alat muzik brass. Video dibawah ini menunjukkan alat muzik trombone yang dibuat dengan menggunakan tangan,walaubagaimanapun pada zaman sekarang hampir kesemua alat muzik brass dibuat dengan menggunakan mesin. Hanya tempahan atau model-model tertentu sahaja yang masih menggunakan tangan.
Labels:
Proses Pembuatan
Penjarian Dan Teknik Bermain Tuba
Tuba mempunyai penjarian yang sama dengan Trumpet dan euphonium. Tetapi apa yang membezakannya adalah Tuba bermain not yang paling rendah sekali.
Video dibawah ini menerangkan teknik bermain Tuba dengan lebih terperinci lagi.
Sumber video dari youtube
Labels:
Tuba
Tuba
Tuba mempunyai pic yang terendah dan terpanjang sekali didalam keluarga alat muzik brass. Bunyi tuba terhasil hasil dari getaran yang dihasilkan melalui teknik 'buzz' pada 'mouthpiece' tuba. Tuba dimasukkan didalam simfoni orkestra pada abad ke-19 menggantikan alat muzik 'ophicleide'.
Tuba dimain dengan menggunakan 'valve', dan biasanya adalah menggunakkan 'piston valves', tetapi terdapat juga tuba yang menggunakkan 'rotary valves'.
Tuba dijumpai dengan banyak menggunakan nada. Biasanya nada Bb,C,F dan Eb.
Tuba mempunyai persamaan dengan euphonium,tetapi berbeza dari segi saiznya.
Tuba
Perbezaan diantara Tuba dan Euphonium.
Gambar dan Informasi diambil dari Wikipedia.
Labels:
Tuba
Penjarian dan Teknik Bermain Euphonium
Carta dibawah menunjukkan teknik penjarian bagi Euphonium. Teknik penjarian bagi Euphonium adalh sama dengan trumpet, cuma ia bermain dengan pic ang rendah (bass).
Video dibawah menunjukkan teknik asas bermain Euphonium.
Sumber video dari youtube
Labels:
Euphonium
Euphonium
Euphonium ialah ialah suara 'tenor' bagi alat muzik brass. Ia mendapat nama dari zaman greek iaitu dari perkataan 'euphonos' yang bermaksud 'bunyi yang sedap'. Euphonium menggunakan 'valves' (injap). Euphonium yang selalu digunakan adalah menggunakan 'piston valevs' sama seperti trumpet, tetapi ada juga euphonium yang menggunakan 'rotary valves'.
Pemain yang memainkan alat ini dipanggil 'euphoniumist', 'euphophonist' atau 'euphonist', tetapi british mengelarkan mereka yang bermain euphonium adalah 'euphists'.
Terdapat juga euphonium yang digunakan untuk pancaragam, dan dikenali sebagai 'marching Euphonium'.
Euphonium
Marching Euphonium
Gambar dan Informasi diambil dari Wikipedia
Labels:
Euphonium
Teknik Penjarian dan 'Embochure' bagi French Horn
Carta dibawah menunjukkan teknik penjarian bagi 'French Horn'.
Untuk memahirkan bermain "french Horn' ini, sesorang itu haruslah memahirkan sekurang-kurangnya 3 skel dari carta diatas. Ton yang baik sangat dititikberatkan didalam permainan orkestra, untuk mendapatkan ton yang baik, 'embochure' (hembusan) perlulah dilakukan dengan betul. Video dibawah menerangakn dengan lebig terperinci mengenai kedudukan bibir dan 'embochure'.
Sumber video dari Youtube,gambar dan informasi dari wikipedia.
Labels:
French Horn
Cara Bermain French Horn
Gambar dibawah menunjukkan cara duduk dan memegang french horn.
Video dibawah menerangkan teknik asas bermain french horn.
Labels:
French Horn
French Horn
Horn ialah alat muzik brass yang mempunyai kepanjangan 3.66-3.96 meter. Pemuzik yang memainkan alat ini dipanggil 'hrn player' ataupun 'hornist'.
Asal-usulnya dari 'natural horn', dan sekarang dikenali sebagai 'French Horn', tetapi semenjak tahun 1971, 'The International Horn Society' telah menetapkan untuk memanggilnya 'horn', tetapi dalam pertuturan english, perkataan 'French Horn' masih lagi digunakan.
'Horn' mempunyai 'valve' (injap), dan dimainkan dengan menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan memegang cerobong ( Bell). Kebanyakan 'horn' menggunakan 'rotary valves'. Tetapi ada juga 'horn' yang menggunakan 'piston valve' yang sama seperti trumpet iaitu 'vienna horn' dan ada juga yang langsung tidak mempunyai 'valves' dan dikenali sebagai 'natural horn'.
French Horn
Vienna Horn
Natural Horn
Gambar dan Sumber dari Wikipedia
Labels:
French Horn
Penjagaan Trumpet
Benda yang penting dan yang perlu ada ialah 'valve oil' dan 'slide grease'. Perkara yang penting untuk memastikan kelancaran 'valve' ialah dengan meminyakkan 'valve' tersebut. Ianya perlu dilakukan dua kali seminggu bergantung kepada keperluan.
Perkara yang kedua ialah gris. Ingat bahagian-bahagian seperti 'main tuning slide', '1st slide', '2nd slide' dan '3rd slide' adalah jarang untuk dibuka dan jika ia tidak digris ia akan menjadi ketat dan mungkin tersangkut. Gambar dibawah menunjukkan bagaimana hendak meletakkan gris.
Gambar dan informasi diambil dari http://www.zacharymusic.com/Zachary_Music/TRcarePics.htm
Labels:
Trumpet
Friday, August 13, 2010
Cara Bermain Trumpet
Trumpet tidak perlukan pemasangan yang rumit,hanya perlu menyambungkan 'mouthpiece' pada badannya dan ia sudah boleh digunakan. Sama seperti cornet, flugal horn, trumpet dimain dengan cara menekan 'valve' yang ada pada trumpet. Penjarian trumpet ditunjukkan pada gambar rajah dibawah.
Video berikut menerangkan cara-cara bermain dan cara untuk mendapatkan ton yang baik untuk trumpet.
Labels:
Trumpet
Cara Bermain Trombone
- Setelah trombone dipasang, letakkan 'note stand' dihadapan anda dan pastikan ia tidak mengganggu pandangan anda.
- Letakkan bibir anda pada 'mouthpiece' dan buat latihan 'buzz' ( seperti bunyi lebah),lakukan beberapa kali.
- Cuba meniup not yang panjang, contohnya meniup not C dalam tempoh 10 saat,cuba lakukan latihan ini berulang-ulang,ini dapat membantu anda untuk mendapatkan ton yang baik.
- Untuk teknik posisi dan untuk mendapatkan skel, anda bolehlah melihat pada rajah dibawah.
Teknik Asas Bermain Trombone
Sumber Video dari youtube
Labels:
Trombone
Jenis-jenis Trombone
SLIDE TROMBONE
Mempunyai 7 posisi. Lebih jauh posisi slide trombone itu ditarik maka lebih rendahlah pic yang boleh dicapai oleh trombone. Pemain membunyikan buzz pada 'mouthpiece' untuk menghasilkan bunyi pada trombone.
VALVE TROMBONE
Valve trombone kurang popular daripada trombone yang menggunakn slide dan ianya jarang digunakan. Ramai pemain trombone mengatakan, ianya sukar dimainkan. Sama seperti trumpet, trombone yang menggunakan 'valve' ini mempunyai penjarian yang sama dengan trumpet. Namun begitu, 'valve' trombone ini mempunyai kelebihannya iaitu ia boleh memainkan notasi yang susah dan laju. 'Valve' trombone lebih mahal harganya daripada trombone yang biasa.
Labels:
Trombone
Thursday, August 12, 2010
Trombone
Trombone adalah salah satu alat muzik daripada keluarga brass. Perkataan trombone berasal daripada perkataan itali yang bermaksud trumpet. Perkataan 'one' di belakang trombone itu mebawa maksud trumpet yang panjang. Beethoven adalah komposer pertama yang mempopularkan trombone didalam simfoninya. Beberapa jenis muzik yang menggunakan trombone adalah seperti Jazz, reaggae, ska dan big band.
Labels:
Trombone
Trumpet
Trumpet adalah sejenis alat muzik daripada keluarga brass yang boleh memainkan pic yang paling tinggi sekali. Trumpet boleh dikatakan alat muzik yang tertua sekali dikalangan alat muzik yang lain. Ada beberapa jenis trumpet, trumpet yang biasa digunakan ialah 'transposing' trumpet iaitu dalam pic Bb. Trumpet yang tidak mempunyai 'valve' (injap), walaunbagaimanapun trumpet pada zaman sekarang mempunyai 3 'valve' dan trumpet yang menggunakan 'rotary valve'.
Trumpet pada masa sekarang digunakan dalam banyak jenis permainan muzik termasuk muzik klasikal dan muzik jazz.
Sumber gambar dari flickr
Labels:
Trumpet
Thursday, July 29, 2010
Alat Muzik Brass
Alat muzik Brass adalah alat muzik barat yang telah dikelaskan mengikut klasifikasi Sachs-Hornbostel. Terdapat empat pecahan alat-alat iaitu iaitu Perkusi seperti conga,drum,timpani dan lain-lain lagi. Strings (alat-alat bertali) seperti violin,viola, cello dan double bass. Alat Tiup Kayu (Woodwind) seperti flute, saxophone, clarinet dan lain-lain lagi dan juga brass seperti trumpet, trombone,french horn, tuba dan euphonium. Alat-alat brass adalah alat yang diperbuat daripada logam.
Labels:
Pengenalan